~ Amin & Aeti ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 10, 2013

Terbaca sesuatu..

Hehehe.. hr ni sbb terlalu xde mood nak ngadap keje.. ape lagi search laa ape yang patut psl part time job i ni.. tapi ptg2 ni sayu2 je hati tetibe nak search psl ni.. ni i copy paste dr sini... 

http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=6235.035.0

Kalau xbleh.. i paste kan ape petua n tips die.. 

assalamualaikom...

saya reen .. pada mulanya saya suka membaca semua kisah di forum ratu hati yang bermasalah untuk hamil kerana saya merupakan salah seorang yang sukar untuk hamil kerana 

1. period tidak teratur
2. pernah mengalami keguguran
3. terlalu aktif

jadi setelah tiga tahun sah menjadi isteri orang, agak tercabar kerana saya tidak lagi hamil.. dan saya nekad untuk hamil dan usaha pelbagai cara..jadi disini saya ingin berkongsi kepada kawan2 yg ingin hamil..mungkin boleh membantu kawan2 yg lain.. amin....

pada 1 jan-jun 2012 saya langsung tidak didatangi haid dan sgt merunsingkan..jadi saya mencuba 

1. jus perawan plus collagen (rm35) -akhirnya seminggu kemudian saya period
2. dr kata saya kurang air..sbb tu susa nk period

~( sy minum air 600ml + madu 3sudu teh) x 3..so sehari saya minum 1800ml + 9 sudu teh madu..so kpd kwn2 yg tidak teratur haidnya cuba minum air yg byk..mungkin peranakan kering dan madu membantu peredaran darah

jadi pada 1-7julai 2012 saya period 

~semasa period saya minum air+madu byk2 dan tamat genap pada 7 july

dari segi kedoktoran (scientific) saya makan

1. clomid (pada hari ke-5 haid - hari ke-9)
2. folic acid (pada hari ke-6 hingga sekarang)
3. saya mencuba ujian kesuburan (OPK TEST) pada 12july sehingga 18julai) dan kesan positive pada hari ke 17..

dari segi keagamaan:-
1. solat 5waktu jgn tinggal
2.solat hajat setiap malam
3. sedekah walaupun beri coklat pada anak2 kecil
4.memberi susu kepada binatang dan berbicara dengannya spt doakan saya mengandung ya..

cara tradisional:-
1.minum air kunyit pada hari ke-8 hingga hari ke-10 (3hari berturut2) pada waktu pagi sebelum sarapan dan jgn mkn apa2 sehingga setengah jam..mmg pahit tapi tahan la sikit..

semasa ovulation:-
1. saya sakit di bawah perut (ari2) selama 3 hari iaitu pada 15-17july dan 17 july terbukti ovulation test saya positive

untuk mendapatkan ovulation yg baik saya cuba pemakanan tersebut:-
1. minum jus epal setiap hari
2.makan badam setiap hari 
3. makan kismis 5 biji setiap pagi
4. minum air + madu

selepas ovulation saya kekalkan

1.minum air + madu 
2. minum air epal
3. makan badam
4. makan kismis

dan akhirnya saya belum lagi cukup sebulan or due period blm tiba saya sudah dapat positive result utk kehamilan iaitu pada 26 july saya pergi farmasi dan membeli opk test dan keputusan satu line clear dan satu lagi samar..selepas itu, dua hari kemudian iaitu pada 28july saya cuba lagi upt test dan line yg samar2 menjadi lebih terang.. Alhamdulillah...

saya harap pengalaman saya yang susah nak tahu waktu kesuburan ini dapat membantu rakan2 yang lain... selamat mencuba dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik...amin..


Untuk tambahan info.. cara buat air kunyit..

Ambil sebesar ibu jari rebus dulu dan tumbuk hingga lumat lepastu perahkan dan campurkan sedit garam jantan..kacau dan minum...masa minum tu mak mertua reen suruh ibu jari kaki kanan tindih ibu jari kaki kiri dalam keadaan berdiri dan tangan kanan pegang cawan yg berisi air kunyit tu, dan silangkan tangan sambil menolak breast ke atas.. ( ni mak mertua reen yang suruh).. lepas tu selawat n minum.. jgn mkn atau minum apa2 sebelum dan selepas minum air kunyit tu...(selepas setgh jam minum baru bole mkn).. cuba la, air madu pun berkhasiat utk peredaran darah...

So same2 laa kite cube pade yang nak mencube.. 


2 comments:

  1. all the best! semoga Allah kurniakan zuriat yg soleh/solehah :)

    ReplyDelete