Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan
kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan
naik baik ketahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal
selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya bolih
diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping
itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan
karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk. Saya huga
tekankan tentang exercuse, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih
rumah selama 30 minit setiap hari.
Cuba amalkan panduan2 ini.
1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat
sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan
meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak
sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi
banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .
4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih
mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau
ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan
'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam
botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins
dalam teh.
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu.
Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan
berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan
berasa kennyang.
11. Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau ketika melayari
i
nternet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok
kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2
ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk
mengurangkan muatan makanan yang diambil.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2,
bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran
kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering
ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu
ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.